selamat sejahtera keatas kamu

Friday, May 7, 2010

JAUHI DADAH DADAH, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN…..

ALLAH S.W.T berfirman dalam al-quran, surah al-baqarah ayat 195 yang bermaksud :”….DAN JANGANLAH KAMU SENGAJA MENCAMPAKKAN DIRI KAMU KE DALAM BAHAYA KEBINASAAN …”

Kita tahu bahawa musuh-musuh islam amat tidak suka melihat perkembangan yang Islam yang begitu maju dan terkehadapan dalam pelbagai aspek. Mereka sentiasa mencari berbagai cara bagi menjatuhkan umat Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya dan inilah yang dibawa oleh musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar kehidupan dunia tanpa kita sedari jerat-jerat dihadapan sedang menanti kita. Oleh sebab itu berhati-hatilah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang sementara didunia ini yang penuh dengan pancaroba dan dosa, kerana apabila kita tersalah langkah didunia pastinya azab sengsara menanti kita diakhirat sana.

Marilah kita renungkan bersama Firman ALLAH S.W.T dalam surah At-Tahrim yang bermaksud :”…..PELIHARALAH DIRI KAMU DAN KELUARGA KAMU DARI API NERAKA….”

ADAKAH KITA SEMUA SEDAR TENTANG MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DINEGARA KITA……

Pada hari ini, sering sahaja kita saksi, baca dan dengar berita-berita di dada akhbar, di televisyen, radio, dan juga pertuturan dikalangan masyarakat tentang masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara kita terutama sekali dikalangan remaja. Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat KHUSUSNYA UMAT ISLAM.

Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia ada menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya.

Ekoran daripada itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun itulah hakikatnya masalah yang melanda Negara kita pada hari ini. Bermacam-macam langkah dan usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat ini dengan harapan mereka akan insaf danberusaha untuk memulihkan diri sendiri.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad lamanya.Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat terdahulu dengan menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. penyalahgunaan dadah di Negara kita dikatakan bermula pada abad ke-19 iaitu semasa zaman penjajahan Inggeris. Mereka telah membawa masuk buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh asing itu telah membawa tabiat buruk mereka menyalahgunakan dadah ke negara ini dengan tujuan untuk mendapatkan keseronokan pada masa lapang.

Sehingga kehari ini dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara.Penyalahgunaan dadah juga semakin menular hari demi hari yang melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat.

Persoalannya disini adakah semua masyarakat kita sedar akan hakikat ini?. Sejauh manakah usaha mereka untuk membasmi masalah ini ?. adakah sudah mencukupi dengan membiarkan pihak kerajaan sahaja yang membasmi masalah ini?. Sampai bila? Mungkin sebahagian daripada kita menganggap ini adalah masalah biasa dan tiada kaitan dalam hidupnya, banyak lagi perkara lain yang perlu dirisaukan, ah…yang terlibatnya bukannya anak aku, lantak la diaorang nak isap apa pun. Uhmmm sungguh kasihan.. Jikalaulah masih ada lagi dikalangan masyarakat kita yang berfikiran sebegini, sampai bila pun masalah penyalahgunaan dadah dinegara ini akan berterusan. APA YANG INGIN SAYA CETUSKAN DISINI IALAH BAGAIMANA MASYARAKAT KITA DAN KERAJAAN DAPAT MENYUMBANG DAN MEMBANTU DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH INI…..
APA KOMEN ANDA?

Wednesday, May 5, 2010

SEMUT YANG SOMBONG

Sekumpulan semut telah berhijrah ke satu ke tempat yang lain kerana Istana raja mereka telah dimusnahkan oleh manusia. Kebetulan pada waktu itu musim kemarau dan mereka hampir kehabisan bekalan makanan

Apabila sudah sampai ditempat yang selamat, raja semut telah membahagikan tugas-tugas kepada semut-semut yang lain.Semua semut mesti bekerjasama untuk memastikan mereka mendapat bekalan makanan yang secukupnya untuk menghadapi musim kemarau nanti.

Semut pengawal ditugaskan untuk mengawal permaisuri dan telur-telur. Manakala semut pekerja ditugaskan untuk mencari makanan dan membina sarang baru. Mereka melakukan tugas-tugas mereka dengan tekun dan ikhlas.

Seekor semut tidak mempedulikan arahan raja semut untuk bekerja bersama-sama. Dia telah pergi mencari makanan seorang diri. Sehinggalah dia berjumpa dengan seketul gula-gula yang amat besar. Dia mencuba mengangkat gula tersebut namun usahanya gagal. Banyak binatang yang lalu lalang menasihatkan dia untuk meminta bantuan dari askar yang lain.

Sekumpulan anai-anai lalu disitu, ‘hai semut,panggillah kawan kau yang lain’. Semut tersebut memarahi mereka dan dia tidak hiraukan langsung nasihat mereka itu. Dia hanya mengangkatnya seorang diri.’ah aku mampu untuk angkat gula ini seorang diri’,katanya.

Ketika dia cuba mengangkat gula tersebut, tiba-tiba gula tersebut bergerak dan hampir menghempat semut tersebut. Semut tersebut tidak mampu berbuat apa-apa. Mujurlah datang sang labah-labah menyelamatkan semut tersebut.
Akhirnya semut tersebut merasa malu dan dia meminta maaf pada anai-anai. Dia terus pulang dan mengajak kawan-kawanya untuk menolongnya mengangkat ketulan gula tersebut bersama.

Dengan berkat dan semangat kerjasama diantara mereka, kerja-kerja dapat disiapkan dengan cepat dan sempurna.Raja semut telah berjaya mendapat Istana Baru yang lebih selamat dan bekalan makanan mereka mencukupi sehingga musim kemarau berakhir.

Yang berat sama dipikul,
Ringan sama dijinjing.

Moral dan pengajaran daripada cerita ini ialah Kerja yang dilakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan Kita hendaklah berasa senang menerima nasihat daripada orang lain.selain daripada itu kita juga Janganlah terlampau yakin dan bermegah dengan diri sendiri.Bekerjalah menurut apa yang disuruh dan diperintah.Bertindak mengikut arahan dan peraturan.

Pena mata bulat Rosli & fahrizal asmy.

ANAK KALOI YANG DEGIL

Di sebatang sungai terdapat sebuah keluarga ikan kaloi, yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak kaloi. Mereka hidup dengan bahagia.

Ibu dan bapa kaloi selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya tidak memakan cacing yang dicangkuk pada mata kail kerana mereka akan ditangkap oleh manusia.

Pada suatu petang, anak kaloi yang bongsu telah pergi bermain-main di hulu sungai bersama dengan anak-anak ikan yang lain.

Setelah penat bermain, anak kaloi tersebut berasa lapar dan dia telah ternampak cacing yang disangkut di mata kail lalu anak kalau terus memakannya.

Akibat tidak mendengar kata-kata dan nasihat ibu dan bapanya, anak kaloi tersebut telah ditangkap oleh manusia.

moral: sebagai pengajarannya patuhilah dan dengarlah kata-kata ibu dan bapa kerana kata-kata mereka adalah nasihat yang berguna untuk anak-anaknya.

Walaupun nasihat ibu bapa tidak seiring dengan kehendak dan keinginan kita. Tetapi percayalah bahawa kata-kata mereka ada hikmah dan kebaikan ke pada kita. Disamping itu juga, ibu bapa adalah individu yang berpengalaman dan tahu liku-liku kehidupan di dunia.

(penulis : Rosli b. Mohammad, dan Mohd Fahrizal Asmy b. Mohd Ali)

Tuesday, May 4, 2010

Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya....

assalamualaikum semua...uhmmm kali ini saya ingin berkongsi tentang pesanan yang diberikan oleh LUKAMANULHAKIM kepada anaknya. saya berasa sangat tertarik dengan pesanan tersebut dan ianya adalah satu nilai yang saya kira amat berguna untuk dijadikan panduan kepada para ibubapa dan anak2. uhmmm dan tidak lupa juga kepada diri saya sendiri..diantara pesanan Lukmanulhakim kepada anak-anaknya ialah :-

10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:

“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13

Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.

1. Wahai Anakku yang ku sayangi…

Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi…

Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi…

Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi…

Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Wahai anakku yang ku sayangi…

Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi…

Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi…

Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

10. Wahai anakku yang ku sayangi…

Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

Dipetik daripada: http://nurulanis.wordpress.com/2007/11/23/10-pesanan-luqman-al-hakim-pada-anaknya/..

Monday, May 3, 2010

salam ukhwah.

Assalamualaikumwarahmatullahitaalawabarokatuh...

Selawat dan salam keatas rasul junjungan NABI MUHAMMAD SAW, rasul tercinta utusan ALLAH SWT kepada umat manusia untuk memimpin manusia kehidupan kearah keredaan dan kesejahteraan.

Salam sejahtera buat semua, saya doakan semoga anda semua berada dalam naungan dan rahmat Allah swt. saya juga ingin mengucapkan selamat datang kelaman blog ini dan berterima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung keblog ini dan anda sangatlah dialu-alukan untuk berkongsi apa-apa sahaja pengalaman, ilmu, komen dan sebarang maklumat yang bermanfaat untuk kita semua.

sekian wassalam..........