selamat sejahtera keatas kamu

Wednesday, May 5, 2010

SEMUT YANG SOMBONG

Sekumpulan semut telah berhijrah ke satu ke tempat yang lain kerana Istana raja mereka telah dimusnahkan oleh manusia. Kebetulan pada waktu itu musim kemarau dan mereka hampir kehabisan bekalan makanan

Apabila sudah sampai ditempat yang selamat, raja semut telah membahagikan tugas-tugas kepada semut-semut yang lain.Semua semut mesti bekerjasama untuk memastikan mereka mendapat bekalan makanan yang secukupnya untuk menghadapi musim kemarau nanti.

Semut pengawal ditugaskan untuk mengawal permaisuri dan telur-telur. Manakala semut pekerja ditugaskan untuk mencari makanan dan membina sarang baru. Mereka melakukan tugas-tugas mereka dengan tekun dan ikhlas.

Seekor semut tidak mempedulikan arahan raja semut untuk bekerja bersama-sama. Dia telah pergi mencari makanan seorang diri. Sehinggalah dia berjumpa dengan seketul gula-gula yang amat besar. Dia mencuba mengangkat gula tersebut namun usahanya gagal. Banyak binatang yang lalu lalang menasihatkan dia untuk meminta bantuan dari askar yang lain.

Sekumpulan anai-anai lalu disitu, ‘hai semut,panggillah kawan kau yang lain’. Semut tersebut memarahi mereka dan dia tidak hiraukan langsung nasihat mereka itu. Dia hanya mengangkatnya seorang diri.’ah aku mampu untuk angkat gula ini seorang diri’,katanya.

Ketika dia cuba mengangkat gula tersebut, tiba-tiba gula tersebut bergerak dan hampir menghempat semut tersebut. Semut tersebut tidak mampu berbuat apa-apa. Mujurlah datang sang labah-labah menyelamatkan semut tersebut.
Akhirnya semut tersebut merasa malu dan dia meminta maaf pada anai-anai. Dia terus pulang dan mengajak kawan-kawanya untuk menolongnya mengangkat ketulan gula tersebut bersama.

Dengan berkat dan semangat kerjasama diantara mereka, kerja-kerja dapat disiapkan dengan cepat dan sempurna.Raja semut telah berjaya mendapat Istana Baru yang lebih selamat dan bekalan makanan mereka mencukupi sehingga musim kemarau berakhir.

Yang berat sama dipikul,
Ringan sama dijinjing.

Moral dan pengajaran daripada cerita ini ialah Kerja yang dilakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan Kita hendaklah berasa senang menerima nasihat daripada orang lain.selain daripada itu kita juga Janganlah terlampau yakin dan bermegah dengan diri sendiri.Bekerjalah menurut apa yang disuruh dan diperintah.Bertindak mengikut arahan dan peraturan.

Pena mata bulat Rosli & fahrizal asmy.

No comments:

Post a Comment