selamat sejahtera keatas kamu

Friday, May 7, 2010

ADAKAH KITA SEMUA SEDAR TENTANG MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH DINEGARA KITA……

Pada hari ini, sering sahaja kita saksi, baca dan dengar berita-berita di dada akhbar, di televisyen, radio, dan juga pertuturan dikalangan masyarakat tentang masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara kita terutama sekali dikalangan remaja. Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat KHUSUSNYA UMAT ISLAM.

Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia ada menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya.

Ekoran daripada itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun itulah hakikatnya masalah yang melanda Negara kita pada hari ini. Bermacam-macam langkah dan usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat ini dengan harapan mereka akan insaf danberusaha untuk memulihkan diri sendiri.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad lamanya.Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat terdahulu dengan menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. penyalahgunaan dadah di Negara kita dikatakan bermula pada abad ke-19 iaitu semasa zaman penjajahan Inggeris. Mereka telah membawa masuk buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh asing itu telah membawa tabiat buruk mereka menyalahgunakan dadah ke negara ini dengan tujuan untuk mendapatkan keseronokan pada masa lapang.

Sehingga kehari ini dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara.Penyalahgunaan dadah juga semakin menular hari demi hari yang melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat.

Persoalannya disini adakah semua masyarakat kita sedar akan hakikat ini?. Sejauh manakah usaha mereka untuk membasmi masalah ini ?. adakah sudah mencukupi dengan membiarkan pihak kerajaan sahaja yang membasmi masalah ini?. Sampai bila? Mungkin sebahagian daripada kita menganggap ini adalah masalah biasa dan tiada kaitan dalam hidupnya, banyak lagi perkara lain yang perlu dirisaukan, ah…yang terlibatnya bukannya anak aku, lantak la diaorang nak isap apa pun. Uhmmm sungguh kasihan.. Jikalaulah masih ada lagi dikalangan masyarakat kita yang berfikiran sebegini, sampai bila pun masalah penyalahgunaan dadah dinegara ini akan berterusan. APA YANG INGIN SAYA CETUSKAN DISINI IALAH BAGAIMANA MASYARAKAT KITA DAN KERAJAAN DAPAT MENYUMBANG DAN MEMBANTU DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH INI…..
APA KOMEN ANDA?

No comments:

Post a Comment