selamat sejahtera keatas kamu

Friday, October 8, 2010



MASA ITU EMAS......

Allah swt berfirman didalam surah al-asr ayat 1 - 3 yang bermaksud " Demi masa!, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"..

Islam amat menitik beratkan sekali tentang masa didalam kehidupan manusia. kerana itu Allah swt telah menjelaskan tentang masa kepada manusia melalui ayat ini. Betapa pentingnya masa didalam kehidupan sehingga Allah mengatakan bahawa manusia itu berada didalam kerugian.
Disini aku bukanlah nak berceramah apa..cuma sedikit luahan hati tentang penggunaan masa didalam hidup kita sebagai MAHASISWA. Ini luahaku melalui pengamatan sejak sekian lama daripada tahun pertama menjejakkan kaki ke USIM sehinggalah sekarang... dah tahun 4.
pengamatan yang bagaimana ya?..dari sudut apa? dan apa yang pentingnya?...inilah yang dapat aku timbulkan disini.
Pengamatan yang selalu aku lakukan adalah dari segi penggunaan masa dikalangan mahasiswa. pada pengamatanku kita banyak membuang masa dengan melakukan benda-benda yang tidak berfaedah. Dalam skop pelajar universiti, kita banyak menghabiskan masa untuk belajar seperti menghadiri kuliah, kelas tutorial, berpersatuan, menyiapkan assignment yang diberikan oleh lecturter, bersukan dan sebagainya..Pendek kata beraktiviti daripada pagi sampai malam ( itupun bagi mereka yang memanfaatkannya dengan sebaik mungkin).
Isunya disini yang aku memang tidak berpuas hati dengan segelintir diantara kita yang tidak menepati masa, MEMBUANG MASA, dan mempunyai sikap bertangguh-tangguh didalam membuat kerja.
Pada suatu hari kawan saya bertanya..."Dari sudut apa ye..uhmm en rosli tidak berpuas hati dengan mereka?...maklumlah en roslikan bekas sukarelawan polis yang sememangnya menitik beratkan tentang masa...
Pada sayalah..saya lihat dari sudut ketepatan masa. itu yang pertama, ya kadang-kadang saya sendiri pun lewat jugak dan selalu jugak kena denda semasa latihan. dan itu menjadi satu pengajaran bagi saya supaya lain kali "datang awal, tepati masa". Jadinya saya lihat segelintir mahasiswa dan mahasiswi ni selalu sahaja lewat datang kekuliah ataupun tutorial. kadang-kadang sampai 15 minit lewat dan ada jugak yang sampai 30 minit. Lecturer yang kena tunggu pelajar, Tiap-tiap kali kuliah ada saja yang lewat kekelas...secara jujurnya saya juga ada terlewat masuk kelas dan alasannnya ialah ada yang memang tidak dapat dielakkan dan ada juga kerana kelalaian diri. Orang lain tak tahulah kenapa, mungkin kerana ada hal yang tak dapat dielakkan...tapi kemushkilanku takkanlah hari-hari ada hal itu..asyik muka sama je yang lewat...
bagi kawan-kawan ku yang ku hormati dan sayangi, aku mintak maaf jika tulisku ini menyakiti hatimu.. tiada niat hendak mengata kepada sesiapa pun. Hanyalah untuk peringatan bersama...
Selain daripada itu, yang selalu aku lihat ialah semasa membuat assignment. Bahagian ni aku memang selalu menghadapi masalah..UHMMmm...macam ni ceritanya" jika lecturer bagi assignment, pada awal semester dan kena hantar sebulan kemudian. Aku rasa tempoh sebulan sudah cukup untuk membuat assignment yang hanya beberapa page sahaja, tapi apa yang terjadi ialah kes buat assignment last minute.. seminggu, dua hari sebelum tarikh submit barulah semua "kalut ribut" bertanya dan berbincang macam mana nak buat. Ha kesannya ada yang copy and paste. Buat cincau-cincau je.. jadi lecturer pun bagi markah cincau-cincau jugak lah...NASIB BADAN..Dah tuannya Pemalas, Suka Buang Masa dan Ada Sifat Bertangguh-tangguh..
Mungkin kalian akan bertanya dan berkata" Apalah mamat ni sibuk2 kan?..Ah poyo lah mamat ni..dia pun sama je..?..kau pun sama je..nak ceramah tentang masa?..hummmm.....hummm..
Sesekali aku lihat mereka yang selalu lewat dan tak menepati masa ni rasa lawak pun ada...mana taknya sampai ada yang terkejar-kejar berlarian kekelas dan kuliah...jika yang ajar tu lecturer yang agak tegas dan mementingkan masa. haa kau tercungap-cungap. ada jugak yang macam lipas kudung bangun pagi untuk kekuliah. tak keruan dibuatnya, mandi satu cedok air je, ada jugak yang tak mandi...dah bangun pukul 7.30, nak masuk kelas pukul lapan...masa mana nak iron baju, nak mandi.. nak kodo' solat subuh, nak cari buku ..macam-macamlah..lepas tu nak tunggu bas lagi..haaa tu la ...sapa suruh bangun lewat...malam2 main game, tengok cerita, tengok bola.. macam-macam ada....hikhkhikhik.....
ok lah dah penat dah merepek.. hati pun dah lega..jadi nya disini aku sertakan beberapa kata mutiara dan tips daripada para cendekiawan tentang masa....

PENGURUSAN MASA BERTERASKAN IMAN :-Apa yang perlu diambil perhatian ialah baik dalam apa bidang sekalipun"hendaklah berteraskan iman"kerana keimanan akan mendorong manusia untuk bekerja dan beribadah dengan penuh patuh kerana Allah swt. So tidak timbullah soal solat lewat. datang kekelas lewat dan sbgnya..Tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa melakukan perkara yang berfaedah dan beribadat kerana Allah. Rangcanglah setiap aktiviti anda supaya ianya tidak terbuang dengan melakukan perkara yang sia-sia. oleh itu rangcanglah masa belajar, beribadah, bermain dan sebagainya.Menghayati dengan sebenar-benarnya firman Allah swt didalam surah al-asr.
Dan ini pula ialah kata-kata cerdik pandai: RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud" sewajarnya setiap yang berakal, selagi akan fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masa kepada empat waktu :waktu untuk dirinya bermunajjad( berzikir) kepada tuhannyawaktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya.waktu untuk dia berfikir tentang penciptaan Allah swt.waktu untuk dia mencari keperluannya (seperti makan dan minumnya)""Belum pernah aku menyesal melainkan penyesalan melainkan penyesalan daku disetiap hari apabila terbenam matahari. semakin singkat umurku sedangkan amalanku takut-takut tidak bertambah". ABDULLAH BIN MAS'UD."MASA ITU adalah nikmat yang ALLAH berikan kepada manusia. lantaran itu kurang tepat anggapan sesetengah orang yang mengatakan bahawa masa itu bagaikan "MUTU-MANIKAM". Walhal hakikat sebenarnya ialah MASA ITU LEBIH BERHARGA DARI EMAS, INTAN DAN PERMATA""Dia (masa) hidup tiada erti hidup manusia, selain dari masa-masa beramalnya. semenjak lahir sehingga saat-saat terakhirnya" AL-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA.

RASULULLAH SAW pernah ditanya :" Manakah suatu manusia yang baik, siapa yang umurnya panjang serta baik amalannya."


Semuananya milik kita kecuali masa

Pepatah Sepanyol-

Peluang kemasan hanya datang sekali
Bidalan Itali -

Setiap detik masa tidak boleh dibeli dengan timbangan emas
-Falsafah Cina-

Manusia tidak boleh membeli masa
Pepatah Jerman -

bertindaklah sebelum terlambat..rebutlah peluang sementara masih diberi kesempatan...manfaatkanlah masa walau sesaat..









No comments:

Post a Comment