selamat sejahtera keatas kamu

Monday, October 4, 2010

Realiti yang harus Dipercayai...sedarilah wahai ummat manusia....

Daripada tsauban r.a berkata : rasulullah s.a.w bersabda: “ hamper tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang bertanya : “ apakah kerana kami sedikit ketika itu”?. Nabi s.a.w menjawab: “ bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir, dan allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan allah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit wahan”.Seorang sahabat bertanya: “apakah wahan itu wahai rasulullah?”. Nabi lalu menjawab : “ cinta pada dunia dan takut pada mati”. (Hadis riwayat abu daud)

Jika kita lihat, kita dengar dan kita perhati dunia kita pada hari ini dimana-mana sahaja ada persengketaan, perperangan, pembunuhan dan kezaliman yang bermaharajalela diatas muka bumi allah ini. Orang yang kita sayangi dibunuh tanpa sedikit pun rasa belas kesihan, keamanan dikota, didesa dan dikampung halaman dirampas dan dirobek dengan begitu rakus sekali. Kini yang tinggal hanyalah ketakutan, kedengaran sayup-sayup rintihan si ibu dan tangisan si anak kecil. Kampung halaman yang dulunya tempat bermain si kecil, tempat mencari rezeki si ibu dan si ayah tidak lagi selamat untuk didiami. Kezaliman terus menerus bermaharajalela, keadilan tidak juga kunjung tiba, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin, tanah yang dahulunya subur dan galak berbuah mengeluarkan hasil kini kering kontang terbiar dipenuhi semak samun dan lalang kering.

Meyingkap tabir disebalik keseronokan, kabahagiaan, dan kesenangan hidup di bumi bertuah Malaysia, maka disana ramai jiwa-jiwa yang terseksa, jiwa-jiwa yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan, menjadi korban dipelarian dan itulah ia perperangan. Perperangan diantara dunia islam dengan barat yang semakin menjadi-jadi bagaikan tiada kesudahannya, alasanya untuk memerangi pengganas dan menegakkan keadilan dunia. Sedangkan pada masa yang sama ramai jiwa-jiwa yang tidak berdosa menjadi korban, tempat kediaman mereka dimusnahkan, lebih menyayatkan hati lagi kaum kerabat mereka dibunuh didepan mata dan mereka dihalau dari tanah air mereka. Yahudi semakin gah menunjukkan belangnya dengan jentera-jentera, kereta kebal, jet pejuang dan senjata pemusnah. Tanah-tanah umat islam menjadi medan latihan ketenteraan bagi mereka untuk menguji rekaan dan ciptaan terbaru senjata pemusnah.

Saudara kita dipalestin, diiraq, di Afghanistan, dikashmir merintih merana, bertarung nyawa bermati-matian mempertahankan maruah agama, sedangkan kita disini berseronok kesana kemari, bergelak ketawa bersama keluarga tercinta. Mendengarkan kisah saudara kita disana ditindas kita hanya mampu melihat dikaca tv, kaku dan kelu seolah-olah apa yang berlaku keatas umat islam disana tidak ada kena mengena dengan kita. Disinilah lemahnya kita, adakah kita semua sedar akan hakikat ini, kita hanya mampu berbahas kesana kemari, berfakta itu dan ini tentang peristiwa yang telah berlaku. Kesudahannya nasib saudara kita disana berlalu sebegitu sahaja dibawa angin lalu tanpa pembelaan daripada umat islam yang lain, masing-masing memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut.

Kenapakah perkara seperti ini berlaku dan dibiarkan terus berlaku, dimanakah kita semua wahai kaum muslimin ketika dunia memerlukan kudrat dan bantuan kita. Sedangkan apa yang kita pelajari di sekolah, diuniversiti, dipusat pengajian tinggi adalah ilmu-ilmu yang hebat-hebat belaka dan kita juga difahamkan semua umat islam itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan Negara sebagaimana allah berfirman didalam surah al-hujurat ayat 10 yang bermaksud:” sesungguhnya orang-orang beriman itu tidak lain adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudaramu dan bertakwalah kepada allah supaya kamu dirahmati”. Jika kita perhati, amati,hayati, dan renung kembali ajaran-ajaran islam, kita akan dapati bahawa islam menganjurkan supaya kita menghubungkan silaturrahim sesama manusia, lebih-lebih lagi saudara seagama supaya umat islam menjadi umat yang gah, kuat dan Berjaya. Tetapi realitinya dunia kita pada hari ini adalah sangat berbeza daripada apa yang telah islam ajarkan kepada penganutnya, kita dapat lihat dan dengar dimana-mana saja ada persengketaan sesama islam, kita menindas sesama sendiri, kita menzalimi sesama sendiri dan dengan erti kata lain umat islam berpecah tanpa penyatuan.

Tidak cukup dengan penindasan yang dilakukan oleh orang-orang kafir dan yahudi laknatullah, umat islam terus menerus dibebani dan diuji dengan dengan persengketaan sesama sendiri. Persefahaman sesama islam sukar untuk dicapai, perpaduan payah untuk diraih, ini kerana lembaran kitab suci al-quran sudah tidak lagi dihiraukan, sunnah rasulullah tidak lagi diamalkan, syariat suruhan dan larangan islam tidak lagi ditegakkan, manusia sudah keliru diantara yang hak dan batil, yang ada disekeliling mereka ialah fitnah, khianat, dengki mendengki, sifat ujub, takabbur, sombong, bongkak yang menjadi amalan dan pakaian hidup mereka seharian. Kesannya timbullah sikap bermusuh-musuhan yang akhirnya diheret kelembah persengketaan. Lantaran itu jiwa-jiwa yang tidak berdosa menjadi mangsa seperti si anak kecil, wanita, dan orang tua lantaran dek kebodohan dan kelalaian yang ditanam dan dibajai sendiri. Hasilnya kita juga yang merana, umat kita juga yang dihina dan itulah kita.

Wahai saudaraku !.dimanakah kamu? Wahai umat islam dimanakah kamu? Dimanakah kamu ketika dunia memerlukan bantuanmu, ketika alam ini melaung meminta pembelaan daripadamu, dimanakah kita semua. Lihatlah dipalestin berabad-abad lamanya kita ditindas, di Iraq kita dipenjara di bumi kelahiran kita sendiri, dikashmir hampir setiap hari ada saja jiwa terkorban, dilubnan rumah kedai, kediaman dan bangunan kita dibom sesuka hati, diafghanistan kita menjadi pelarian, di Thailand hak kita dinafikan, apakah ini semua, tidakkah dikau dapat berfikir wahai saudaraku. Pertanyaannya ialah apakah ini semua? Lihatlah kita semua sedang dizalimi, negeri kita yang kaya-raya hasilnya dibawa pergi oleh mereka, dimanakah hak kita ? dulunya kita kaya, kini papa kedana malah merempat dibumi sendiri. Pertanyaan yang sama, bunyinya sama, dimanakah kamu wahai saudaraku ketika dunia merintih memanggil-manggil namamu. Jawapannya kita hanya mampu melihat, kaku dan membisu.

Kenapakah semua ini terjadi? Itulah pertanyaan dan pertanyaan yang harus kita tanyakan kepada setiap daripada kita. Kita lihat kita Tanya, kita dengar kita Tanya, kita bertanya kita fikir, kita fikir kita nilai, dimanakah letaknya kita. Apakah kita akan dianggap sebagai penyibuk jika kita bertanya?. Jika itulah yang terdetik dibenak kepala, maka kitalah orang yang sombong dan mementingkan diri sendiri. Sedarkah kita atau masih dibuai oleh mimpi indah dek keseronokan dan kecantikan perhiasan dunia. Tahukah kita bahawa ditimur tengah, diasia barat umat islam bermati-matian berjihad menegakkan islam, mempertahankan tanah air dari penceroboh amarika dan yahudi, diselatan thai mereka berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran. Namun bagaimana pula khabarnya dengan umat islam dinegara kita Malaysia. Alhamdulillah dinegara kita, kita dapat beribadat dengan aman, bergerak bebas dengan aman kesana kesini tanpa rasa bimbang, semuanya itu adalah rahmat tuhan. Maka bersyukurlah kita.

Syukur kepadanya dipanjatkan diatas nikmat dan rahmat yang dikurniakan. Namun adakah kita sedar bahawa masih ramai dikalangan kita yang lalai dan alpha dari mengingatinya. Ianya berlaku dipelbagai peringkat usia, pangkat dan darjat. Dimana-mana saja maksiat bermaharajalela, apakah ini petanda awal masyarakat kita dan kita sendiri sedang menuju kelembah kecelakaan dan kehancuran. Jika kita perhatikan disekeliling kita pusat-pusat hiburan disana sini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi perkara biasa, dadah dan arak sudah tidak asing lagi bagi mereka, perzinaan, pelacuran dan perkara ini berlaku setiap hari. Muda mudi kita, harapan bangsa hanyut dibuai arus keseronokan yang menyesatkan , mereka tenggelam didalam lembah kebinasaan yang dicipta sendiri. Ajaran agama disisihkan, hati semakin gelap, diri semakin jauh dari tuhan dan mereka hanyut dibawa arus dunia. Inilah realitinya situasi pemuda-pemudi harapan agama dinegara kita. Baik atau buruk pandangan kita, kitalah yang meletakkannya dan kitalah yang menentukannya. Bertanyalah dimanakah kita saat ini?.

Kita sebagai hamba yang diberikan akal fikiran yang mampu berfikir dengan sebijak-bijaknya tentu saja kita ada jawapan diatas semua persoalan yang timbul dikalangan masyarakat kita pada hari ini, tentu saja kita ada pertanyaan diatas semua perkara yang terjadi diatas sikap dan tindak tanduk kita, tentu sahaja orang yang berakal fikiran akan bertanya mengapa ini terjadi, mengapa itu terjadi dan semua itu ada jawapannya pada setiap daripada kita. Maka bertanyalah pada diri kita masing-masing. Wahai umat islam, wahai saudara-saudaraku semua, ayuhlah kita bangkit, kita bangun dari lena, sedarlah dari mimpi nan indah, basuhlah hati, sucikanlah jiwamu, maka marilah bersama-sama kita kembali kepada Allah swt tuhan sekalian alam. Kita semua milik Allah dan pasti suatu hari nanti kita akan kembali kepadanya. Oleh itu awaslah gerak dan langkah kalian diatas muka bumi ini. Maka jadilah kalian semua orang yang beriman, bertakwa dan pembela agama Allah diatas muka bumi ini. Allah berfirman di dalam surah al-a’raf ayat 128 yang bermaksud: “ sesungguhnya bumi ini kepunyaan allah, diwariskan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”.

Semoga rahmat, nikmat dan kasih sayang allah menjadi milik kita semua. Rakan-rakan dan taulan sekalian, ingatlah bahawa hidup kita didunia ini hanya sementara, entah esok ataupun lusa kita akan kembali menghadapnya dan apakah kita semua sudah bersedia menghadapinya. Ingatlah bahawa janji allah itu pasti dan setiap daripada kita akan melalui dan merasainya. Jika baik amalan kita, maka baiklah balasannya dan jika buruk amalan kita maka buruklah balasannya. Sama-samalah kita merenung dan melihat kedalam diri kita dan bertanyalah sejujur-jujurnya, apakah kita sudah bersedia untuk bertemu tuhan?, apakah kita sudah berpuashati dengan ibadah kita seharian?, apakah, dimanakah, siapakah, maka bertanyalah sebanyak-banyaknya soalan kepada diri sendiri. Oleh itu sama-samalah kita memeriksa diri kita mulai dari ketika ini, saat ini dan disini....

================================

nukilan ini telah ditulis setelahku melihat satu video yang diberikan oleh sahabatku. video pendek ini memaparkan tentang kisah-kisah umat islam pada hari ini. isu-isu perperangan yang melanda umat islam dipalestin amat menyentuh hatiku. aku melihat pada diriku yang masih banyak kekurangan dan kelemahan. didalam video ini juga turut memaparkan kisah umat islam dinegara kita yang tercinta ini
" MALAYSIA".

berbicara tentang masyarakat islam dimalaysia saya mempunyai beberapa pengalaman tentang mereka. Ya tentang kita semua.....


baru-baru ini saya telah mengikuti satu program yang dianjurkan oleh pelajar SPADA usim dengan kerjasama yayasan sinar salam. Program ini ialah program untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktiviti-aktiviti manusia pada waktu malam dilorong Hj Taib.Peserta program terdiri daripada KETUA PROGRAM SPADA Dr Abd Halim Hussin, DEKAN
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Dr Rushdan Jailani, semua pelajar SPADA, pelajar lelaki ijazah sarjana muda KAUNSELING usim seramai sembilan orang, pelajar sarjana KAUNSELING UKM, seorang polis yang berpangkat SARJAN dan anggota-anggota daripada beberapa buah AADK disekitar KL .


kami datang dengan niat yang baik dan hendak belajar, mengambil ikhtibar daripada apa yang telah kami lihat dan saksikan disini terdapatnya bermacam-macam gelagat dan ragam manusia yang diluar dugaan kita...saya melihat ketika kita bersenang lenang, diluar sana masih ramai lagi yang merana, ketika kita petah berbicara dan bijak berhujah, diluar sana masih ramai yang jahil, ketika kita merasa kita telah melakukan kebaikan dengan memberi pertolongan sesama kita, diluar sana masih ramai yang terkapai-kapai meminta diselamatkan....wah macam susah je tulisanku ini untuk difahami...

cubalah faham..kata cerdik pandai "memahami itu lebih baik daripada difahami".

sekarang berbalik kepada cerita...petang itu kami telah pergi melawat ke "PENGASIH" iaitu sebuah pusat pemulihan dadah di KL. selepas itu kami ke AADK KL untuk solat maghrib, makan malam, dan pembahagian kumpulan. setelah semuanya selesai, kami berjalan kaki ke sebuah pusat perlindungan "sinar salam" yang berada di lorong Hj Taib.. uhmm... disini kami mendengar taklimat dr Pn arfidah tentang aktiviti2 khidmat sosial yang dilakukan oleh sinar salam. Kebanyakan kes yang terdapat disini ialah melibatkan dadah, Pelacuran, gay, lesbian, mak nyah dan homeless. kebanyakan daripada mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah...

operasi kami bermula pada pukul 11.oo malam..daripada sini saya dapat melihat dengan jelas bagaimana realitinya kehidupan mereka, pemikiran mereka dan perasaan mereka. mereka bukan tidak mahu berubah, tetapi stigma atau pandangan sinis daripada masyarakat menyebabkan mereka terus hanyut dengan dunia mereka...pada mulanya saya berasa takut jugak untuk berhadapan dengan mereka. namun saya memberanikan diri untuk bertanya dan menyelami perasaan mereka....alhamdulillah saya dapat melaluinya dengan baik....

awal-awal lagi kehadiran kami sudah dapat baca oleh mereka...mereka mengambil keputusan untuk bersembunyi kerana mereka menganggap kami adalah pihak berkuasa yang datang membuat operasi...ketika mula-mula kami mnenyusuri lorong-lorong disitu..tiada seorang pun yang keluar..sehinggalah PN ARFIDAH datang...wah..hebat betul PN ARFIDAH..dia berjaya memujuk mereka untuk keluar dan bertemu dengan kami..PN arfidah memang baik dan dia sebenarnya adalah salah seorang bekas pengguna dadah yang telah pulih sepenuhnya. sekarang dia giat menjalankan kerja-kerja sosial bersama suaminya RAJA AZIZAN dalam membantu penagih-penagih dadah supaya kembali ke pangkal jalan...TAHNIAH diucapkan kepada beliau...

disini saya banyak belajar tentang hakikat kehidupan dan kemanusiaan.. memanglah pada mulanya saya berasa takut-takut untuk bersua dengan mereka...tetapi hendak ke, tidak hendak ke..itulah realiti yang harus kita semua hadapi suatu hari nanti...program ini banyak mengajar saya akan kepentingan ilmu pengetahuan..especially ilmu kaunseling dan psikologi..ya mempersiapkan diri untuk menempuh hari muka...ku amat berharap agar ilmu-ilmu yang ku pelajari diuniversiti ini..akan dapat ku manfaatkannya untuk membantu masyarakat....

ilmu-ilmuku tidaklah sehebat mana..uhmmm pada hemah dan penilaianku terhadap diriku..masih banyak lagi ilmu yang kuharus pelajari....

INSYA ALLAH....aku akan belajar dan terus belajar...dan mengamalkannya dengan ikhlas hati kerana ALLAH S.W.T.....mudah-mudahan....






No comments:

Post a Comment