selamat sejahtera keatas kamu

Friday, May 14, 2010

uhuummmunnmmm.....lucu ,pelik, aneh dan ajaib....

"Lucu nya.. Duit RM50 begitu besar nilainya apabila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil apabila
dibawa ke pusat membeli-belah.

aneh betul... 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton televisyion.


pelik sungguh.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang
di panggung

aduhai.. Susah sungguh hendak mengungkap kata-kata untuk
dipanjatkan semasa berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend & girlfriend, itu dan ini...

ajaib betul la... laungan dan teriakan yang penuh semangat berpanjangan
sewaktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya apabila
imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucu nya..Susah sangat ke nak baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi
majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun
habis ditelaah.

inilah dunia.. Orang berebut untuk duduk paling hadapan ketika menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling
belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat
keluar.

hakikatnya dunia hari ini memang begitu.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk ke majlis agama supaya boleh dimasukkan
agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

kelakar betullah.. Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu-lucu... Semua orang inginkan masuk syurga tanpa
harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan
apa-apa.

hahaha..lawak-lawak.. Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
suratberantai melalui email,facebook, handphone… tetapi apbila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali..

Adakah anda memikirkan semua ini lucu, fikir-fikirkanlah,adakah perkara-perkara tersebut pernah berlaku kepada anda atau anda pernah melaluinya, fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah. BERFIKIR adalah suatu fitrah dan ianya adalah satu kehebatan bagi manusia kerana manusia adalah satu-satunya makhluk diatas muka bumi ini yang dikurniakan akal dan fikiran yang mampu untuk menilai baik dan buruk,membezakan antara kaca dan permata..namun sejauh manakah kita menyedarinya.

Sesungguhnya Hikmah Berfikir itu sungguh banyak kerana melalui cara berfikirlah kita akan dapat memBezakan antara yang hak dengan yang batil, mengbasilkan pandangan kreatif dan kritis, meningkatkan kualiti diri, menghasilkan natijah yang baik, mengurangkan kesilapan ketika bertindak, membezakan antara manusia dengan haiwan mengelakkan penyesalan dan yang paling penting sekali ialah ianya dapat menghampirkan diri kita kepada Allah swt.....bak kata bijak pandai "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa keranatertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir keranaberfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Sama-samalah kita fikirkan disebalik apa yang tersurat dan tersirat. dan sama-samalah juga kita renung-renungkna hakikat dunia kita hari ini yang sudah sedia kita maklum..........selamat beramal...

No comments:

Post a Comment